Sunday, February 7, 2010

CINTA BATU NESAN (siri 2)

....Pagi ini Amri bangun awal.Dia sudah insaf.Hasim belum bangun tidor lagi.Lantaklah kali ini Amri pecah rekod.Masih subuh.Masih belum kering embun jantan.Amri berlagu riang berjalan kaki.Sambil menghirup udara pagi yang segar Amri sempat menjeling pada tasek yang bersebelahan tempat dia menunggu bas.Tiba2 ada suara manja menyapa Amri.Gadis itu rupanya.Harum bau tubuh gadis itu.Semacam pulak rasanya.Gadis itu bertanya pada Amri mana satu bas menuju bandar Indera.Amri pelik,mana ada bas yang lalu disini pergi ke Bandar Indera.Semuanya terus ke pekan Satung.Gadis itu cuma tersenyum pada Amri.Gadis itu meminta Amri menemaninya ke bandar INdera tapi Amri keberatan kerana bimbang lewat lagi ketempat kerja.Belum sempat Amri tahu nama gadis itu bas Amri sudah tiba.Amri dengan perasaan serba salah terpaksa meninggalkan gadis itu di situ.Dan semenjak itu Amri sering bertemu Ayuni gadis manis yang menemaninya saban pagi.Ayuni x pernah naik bas bersama Amri,kata Ayuni dia tunggu kawannya menjemput dia.Ayuni baru berusia 23 tahun.Ayuni gadis manja.Semyumnya memang sukar untuk Amri lupakan.Malah sejak mereka sering bertemu banyak tanda tanya bermain difikiran Amri.Setiap hari Ayuni pakai baju yang sama,bila ditanya jawabnya uniform kerja tp x pernah pulak Amri lihat pakaian kerja cantik berkebaya pink begitu.Satu lagi yang buat Amri keliru Ayuni x pernah mahu bercerita tentang latar belakangnya.Apa yang diberitahu pada Amri dia ada seorang adik.Seorang abang dan dia bukan bermastautin di kawasan ini.Dia hanya bekerja di sini dan tinggal bersama makciknya di bandar Indera.Tapi Amri rasa x perlulah dia tergesa2 mendesak Ayuni untuk bercerita segalanya pada dia...esok masih ada.....

No comments: